Tuesday, May 24, 2011

Menjadi insan cemerlang .....Adakah anda orangnya?

Salam sejahtera....Salam 1 MALAYSIA...


Buat semua rakan - rakan yang sudi hadir di laman maya ini untuk memberikan ruang dan piruang diri anda mendapatkan apa jua ilmu pengetahuan tanpa sempadan dan hadnya....


Sekarang sudah bulan MEI 2011... tak terasa cepatnya masa berlalu dan kita masih di sini seperti dahulu tanpa ada sebarang perubahan pun yang berlaku. Adakah anda terfikir untuk merasa bosan dengan keadaan hidup yang sama setiap hari ...................?


Setiap manusia ni berbeza... ada yg langsung tidak kisah sekiranya ...itulah kehidupannya sehingga dia menutup mata dengan melakukan rutin2 kehidupan yang sama setiap hari....TAPI ada jugak yang mudah merasa bosan untuk melayari bahtera kehidupan yang sama dan tiada apa-apa perkembangan pun.....


Macam mana untuk mencapai kecemerlangan?... jika kita lihat dalam alam maya ni ..macam2 cadangan dan pendapat orang untuk menjadikan diri kita berjaya dan cemerlang di dalam hidup. Terpulang pada kita untuk memilih apa jua bingkisan dan titipan yang diluahkan oleh rakan - rakan yang bersama - sama melayari internet.... ituah pendapat mereka...kita tidak boleh untuk menyalahkan dan membantah pendapat mereka.... bukankah begitu ????.........................


Tapi satu yang harus diingat...sepandai mana pun para ilmuan memberikan nasihat dan pendapat tentang kecemerlangan tapi kalau HATI kita tidak dap[at menerimanya...tiada guna jugak,


Itulah Kuasa HATI ....


Dari HATI kita
- ceria
- duka
- ketawa
- menangis
- dendam
- redha ................................ dll lagi ...


jika untuk diluahkan terlalu payah dan panjang tanpa noktahnya...


"Ukur baju di badan sendiri" dan kita perlu sedar apa yang kita perlukan di dalam hidup ini ....


Percayalah ... Tuhan sentiasa bersama - sama dengan insan yang sabar untuk mencapai kecemerlangan ......


Renung - renungkanlah .....

Wednesday, February 2, 2011

Tak kenal maka tak cinta.....

Istilah ini seringkali diungkapkan oleh semua insan yang pernah melalui alam percintaan. Tetapi "cinta" yang saya maksudkan di sini bukan sedemikian rupa... Tetapi dengan mengenali seseorang atau mengetahui sesuatu ilmu penghidupan, menjadikan hidup saya lebih bermakna.

Walau apa jua fahaman tentang cinta, itulah pengalaman hidup setiap insan di dunia ini. Pada mulanya untuk menghasilkan blog ni membuat kepada "pusing" juga. Nasib baiklah idea boleh datang mencurah - curah. Tetapi tak bolehlah nak masuk saja - saja tanpa input yang bermanfaat kepada rakan - rakan blogger yang lain.

Saya ingin mencari kenalan yang boleh berkongsi idea dan pengalaman tak kira siapa mereka, latar belakang, jantina dan pekerjaan mereka. Jika selama ini saya sering bergelumang dengan masalah para pelajar di sekolah....... kini saya ingin mencari rakan - rakan yang pelbagai bidang. Sekurang - kurangnya tidaklah dikatakan "Katak bawah tempurung" ......

Semoga kita akan bertemu lagi di catatan akan datang .................

Tuesday, February 1, 2011

Kenapa kita perlu ada "Konsep Diri" ?




Saya amat mengharapkan perkongsian ilmu dan idea yang baru dari anda semua.

Sekian, terima kasih ... Salam 1 Malaysia