Tuesday, November 30, 2010

Sukarkah untuk menjadi seorang yang cemerlang ?

SALAM 1 MALAYSIA..........
Bertemu lagi di ruangan yang hanya mampu menitipkan bait - bait kata - kata buat rakan - rakan yang membaca di luar sana. Kita sedar, sebagai golongan pendidik, kita seringkali disogokkan dengan perkataan atau istilah untuk menjadi Guru Cemerlang
Sukarkah untuk kita menjadi cemerlang dalam apa jua bidang atau pekerjaan yang kita ceburi ?

Ini kerana kita merasakan terlalu ramai insan - insan di sekeliling kita yang lebih cemerlang. Adakah anda turut berperasaan demikian.....?  Rasanya kita tidak jauh beza dengan rakan - rakan yang dulu pernah bersama - sama, semasa kita di universiti, kolej, sekolah dan dimana jua mereka berada sekarang. Tetapi mengapa kita masih merasakan amat sukar untuk mengecapi kecemerlangan di dalam kehidupan. Sebagai salah seorang Guru Cemerlang sekolah, saya ingin membawa rakan - rakan saya yang saya lihat sendiri kerja mereka cukup sempurna dan senantiasa menghasilkan keputusan dan pencapaian cemerlang sama ada dalam bidang kokurikulum dan akademik.

Saya ingin memberikan contoh yang mudah untuk sesiapa sahaja yang membaca artikel ini, apabila mereka  dipertanggungjawabkan untuk melatih pelajar - pelajar menyertai sebarang pertandingan sama ada bidang akademik ataupun kokurikulum mereka mampu membawa pasukan sekolah mencapai tahap 3 tangga yang teratas. Bukan senang untuk mengemudi tugas yang cukup mencabar ini . CEMERLANG rakan - rakan ku ini....walaupun mereka tidak menyedarinya.......
Bila melihat situasi ini, saya ingin membawa mereka bersama - sama di dalam kumpulan Guru Cemerlang tetapi pasti akan ada kata - kata .... AKU TIDAK LAYAK ! 

Kalau anda tidak layak, sudah pasti anda tidak mampu untuk membawa kejayaan kepada pihak sekolah. Wahai rakan - rakan pendidik sekalian, percayalah kepada kebolehan diri dan yakinlah diri bahawa anda cukup cemerlang untuk menjadi GURU CEMERLANG.... Marilah kita bersama - sama berkongsi pengalaman dan pengetahuan untuk mentransformasikan Profesion Perguruan bagi merealisasikan harapan negara menjadi Negara Maju Berpendapatan Tinggi pada tahun 2020 nanti. 

Kita sedar generasi yang ada di hadapan kita ini akan menjadi pewaris kepada kemajuan negara dan mentadbir negara, sedangkan ketika itu kita hanya mampu menghabiskan sisa usia kita kelak. Sekiranya kita tidak mampu untuk menjadi GURU CEMERLANG bagaimana kita boleh menghasilkan MASYARAKAT CEMERLANG pada tahun 2020 nanti. 

Sukarkah untuk menjadi seorang yang cemerlang? Tepuk dada tanyalah Akal !!!!!!!

"Mulakan walaupun sedikit"

"Sedarlah, usah ditunggu sesuatu perkara itu menjadi sempurna barulah mahu dimulakan kerana selagi tidak dimulakan, sesuatu itu tidak akan menjadi sempurna".

Wednesday, November 24, 2010

Tak kenal maka tak cinta ........

Istilah seumpama ini seringkali diutarakan oleh setiap insan yang pernah melalui alam "percintaan". Tetapi bukan itu yang ingin saya utarakan di dalam ruangan ini. Saya ingin berkongsi pengalaman dan idea dengan rakan - rakan tidak kira apa jua kerjaya mereka, bangsa dan budaya mereka.

Tuga sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab untuk melahirkan insan - insan yang berguna untuk negara pada masa akan datang. Tetapi bukan semudah yang disangkakan.  Setiap guru inginkan kejayaan daripada anak didiknya, agar mereka boleh berdikari apabila mereka dewasa kelak.....itulah harapan saya sebagai pendidik.

Dengan tanggungjawab sebagai guru cemerlang sains, saya sedar adalah perlu saya berkongsi pengalaman dengan mereka di luar sana agar saya dapat memantapkan lagi ilmu yang ada selama ini.